"Salah sebuah rumah digunakan sebagai tempat penyembelihan. Mereka mengerat anggota badan sebelum membuangnya di beberapa lokasi. Suspek tinggal berdekatan rumah sewa tidak jauh dari rumah tersebut," kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi semasa melawat rumah tersebut.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, Penemuan rumah tersebut berikutan penahan dua lagi suspek awal pagi ini di Bukit Mertajam yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan kejam baru-baru ini dan menemui rumah yang dijadikan tempat menyembelih mangsa.
" Polis juga kini telah menahan 17 orang dan kesemuanya warga Myanmar untuk siasatan lanjut" katanya
Rahim berkata, polis menemui tiga parang dalam rumah yang dikatakan menjadi tempat penyembelihan yang disyaki digunakan untuk memotong anggota badan, sebuah kereta dan motorsikal.
Dengan tangkapan dan penemuan tersebut, Rahim berkata 18 kes pembunuhan warga asing di Pulau Pinang berjaya diselesaikan.
No comments:
Post a Comment